Wednesday, December 23, 2009

Tolong jangan tinggalkan saya bang....

One of my friend wrote this in his Facebook..



Wanita tu cuba untuk ubah perangai/cara hidup lelaki.

Setiap orang ada personaliti, perangai dan cara hidup mereka yang tersendiri. Personaliti atau perangai ini berbeza-beza mengikut latar belakang, asuhan mak bapa masa kecil, keadaan keluarga, genetik, persekitaran tempat membesar, proses pembelajaran dan pengalaman. Perangai atau personaliti seseorang adalah AMAT SUKAR sekali untuk diubah. Malah ia boleh dikatakan hampir mustahil untuk diubah. Kalau boleh ubah pun, mungkin ia memakan masa bertahun-tahun lamanya. Jadi, jangan sekali-kali mendesak teman lelaki atau kekasih anda untuk berubah. Walaupun mungkin dia mempunyai banyak kelemahan, cubalah terima kelemahan dan keburukannya tu. Jangan sekali-kali desak dan paksa dia buat perubahan. Bagi dia masa. Hormati dia. Jangan ungkit-ungkit dan perbesarkan kelemahan yang dia ada.

My answer:

Kenapa mesti berkata semikian, bagi aku perempuan dan lelaki itu same sahaja. Aku setuju dengan kata-katanya, namun aku kurang setuju sekiranya perkara ini dirujuk kepada jantina. Bukan hanya sekadar SESETENGAH kaum wanita yang ada sikap demikian, namun ada juga SESETENGAH lelaki juga bersikap demikian. Ada juga dikalangan mereka ini berkahwin dan menyifatkan perkahwinan ini memberi kuasa 'hak milik' pasangan itu 100% menjadi hak milik mereka tanpa memikirkan hati dan perasaan pasangan masing-masing. Ada dikalangan mereka ini, selepas berkahwin ingin pasangan mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada mereka n keluarga mereka sahaja sedangkan hubungan pasangan mereka dengan keluarganya direnggangkan. Amat menyedihkan bila ini terjadi. Setiap manusia itu mempunyai jalan cerita hidup masing-masing, menerima seseorang itu menjadi pasangan hidup bermakna kita juga harus sedia menerima seluruh hidupnya, keluarganya, saudara maranya, rakan-rakannya, hitam putih hidupnya atau apa sahaja.

Wahai rakan-rakanku,

Janganlah bermimpi disiang hari, janganlah sesekali cuba untuk mengubah sikap pasangan masing-masing. Manusia akan berubah jika tiba masa dia merasakan yang dia perlu berubah. Apa yang anda perlu lakukan hanya suntikan semangat dan kata-kata perangsang untuk mereka merasakan masa itu telah tiba untuk mereka berubah. Ingatlah, pasangan anda tidak akan benar-benar berubah sekiranya ia bukannya datang dari dalam diri mereka sendiri. Perubahan yang dilakukan kerana terpaksa tidak akan kekal lama.

Wanita tu terlalu meminta-minta. Terlalu materialistik.

High maintenance.Saya rasa yang ni saya tak payah nak cerita panjang. Sebab semua orang faham kot. Pendek kata, perempuan yang suka DEMAND lebih-lebih, tak sedar diri, sangatlah memeningkan kepala lelaki. Sikap perempuan yang suka meminta-minta ni hanya akan membebankan fikiran lelaki yang memang sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab lain. Jangan sekali-sekali anda kusutkan hati dan perasaannya dengan meminta-minta apa yang dia tak mampu. Jangan sekali-kali anda mempertikaikan kredibilitinya kalau dia tak mampu untuk tunaikan hajat dan keinginan anda.

My answer:

Menjadi wanita, kita perlu ada harga diri. Kita perlu ada nilai diri masing-masing. Wanita sekarang perlu ada sikap metrialistik. Masa, keadaan dan kehidupan menuntut kita untuk menjadi sedemikian. Ingatlah wahai lelaki, Jika wanita itu tidak metrialistik apa akan jadi pada lelaki sekarang? Mungkin lelaki akan jadi malas.. atau lelaki akan merasakan cukup dengan sekadar yang ada @ cukup-cukup makan dan tidak ada sikap untuk meningkatkan diri sendiri.

WALAUBAGAIMANPUN tak semua lelaki sebegini, ada yang lahiriahnya sedar tanggungjawab masing-masing dalam mencari kemewahan (bagusnya lelaki sebegini, tak perlu wanita itu sakit kepala dan sakit hati untuk memikirkan jalan agar lelaki sedar atau bertungkus lumus membanting tulang 4 kerat yang tak segagah mana untuk memewahkan lelaki, cukup sekadar menjadi backup pada keluarga).

Berbalik pada soal tadi, wanita perlu tau DEMAND. Perlu METRIALISTIK... Kenapa dan mengapa. Kalau kita ini ditakdirkan jatuh cinta (Ya Allah seronoknya dengar ye..), dan hidup berumahtangga, kita dan pasangan kita memang boleh hidup dengan cinta, makan ala kadar sahaja, tidur dimana-mana, pakai apa yang ada, makan dan minum boleh dikongsi berdua. TAPI, sampai bila kita hanya berdua? Pasti bertambah menjadi 3.. jadi 4.. jadi 5.. BOLEHKAH yang ke 3.. ke 4..ke 5 itu hidup hanya dengan cinta kita?? Bolehkah kite kekedai untuk membeli susu dengan cinta? "En. Kami nak bayar susu ini dengan cinta kami..". "Engkau orang ingat ini kedai kamu yang punya.." mmm... tuan kedai pun buka kedai sebab hendak menampung demand kehidupan dan metrialistik anak, isteri dan diri sendiri.

Wanita HARUS METRIALISTIK, perlu tahu dan perlu ADA nilai MAINTAINANCE diri sendiri. Yang perlu seperti makan, pakai, transport, tempat tinggal itu hanya BASIC, perlu diingat tambahan itu juga perlu, supliment untuk kesihatan, kalau tak sihat macam mana nak bagi service yang baik, tambahan untuk kecantikan, kalau tak cantik nanti ada pulak ura-ura keluar untuk menambah isteri atas alasan yang ada tak pandai jaga diri. Pastikan bila anak meningkat kepada 3 orang,anda perlu ada pembantu rumah. Janagn biarkan diri anda serabai macam roti kirai mamak. Roti kirai mamak laki kejar.. kalau kita macam roti kirai mamak.. bukan laki jer lari.. mamak pun tak mau mari.

Ingatlah wahai wanita, siapa lagi yang perlu menghabikan duit laki kalau tak kita. Jangan biarkan duit mereka habis kewanita lain selain kita, maknya dan adik beradiknya.

DAN ingatlah lelaki, sudah tanggungjawab anda untuk membahagiakan keluarga.




Wanita tu suka eksyen, ego dan besar diri.

Walaupun mungkin anda lebih berpendidikan dan mempunyai kerja yang lebih bagus dari teman lelaki anda, jangan sekali-kali eksyen, sombong, ego dan besar diri. Ini pantang besar bagi lelaki. Lelaki sangat tak boleh terima jika ada wanita yang cuba untuk berlagak hebat dan tunjuk ego lebih daripada dirinya. Memang itu fitrah lelaki. Ego dia mesti lebih tinggi dari ego perempuan. Kalau ada wanita yang cuba tunjuk eksyen, maka tak lama memang kena tinggal la perempuan tu. Tak caya? Cubalah…huhu...



My Answer:



Beb, setinggi mana pun kite, sebesar mana pun pangkat, sebaik mana pun kedudukan kite, tak bermakna kita nie ego.. Yang ego ialah orang yang cemburu dan tidak dapat menerima kenyataan, kerana sukar menerima kelebihan orang lain. Zaman sekarang nie, tak kira lelaki atau perempuan semua sama sahaja, pucuk pangkal hati.



Cuma budaya kita agak berat sebelah kerana terlalu meletakkan kesalahan pada bahu kaum wanita WALAUPUN kesalahan itu BUKAN berpunca dari wanita. Wahai sahabatku, kita dituntut untuk mencari ilmu, perkara ini tidak hanya fokus kepada kaum lelaki tetapi universal. Wanita juga berhak untuk mencari ilmu sebanyak mana yang mampu, sama seperti lelaki. Jika dilihat pada zaman ini, ramai wanita lebih berpendidikan dari kaum lelaki. Persoalannya kenapa?? Jawapannya ada dalam diri sendiri kerana hanya anda yang tahu sebabnya, mungkin sebab faktor ekonomi, faktor peribadi atau faktor kehendak diri. DAN perlu dingat, ilmu yang ada bukan untuk dibanggakan, makin banyak ilmu yang kita dapat bermakna makin berat tangungjwab kita. Jangan ingat ilmu yang kita ada hanya menambah pahala, kalau tidak digunakan dengan betul maka ia boleh jadi sebaliknya.



Bagi saya, mungkin wanita itu bukan menunjukkan egonya, cuma menyuarakan ketidakpuasan hati. Disebabkan dia berpelajaran, maka cara percakapannya agak fokus dan banyak mengunakan logik. Namun disebabkan budaya melayu yang agak sopan dan tertib, percakapan yang fokus dan logik ini akan jadi sedikit terhalang dan oleh itu banyak salah faham akan berlaku. Lagi satu, konflik antara dua pemikiran dalam tahap pendidikan yang berbeza. Bagai yang berpelajaran, anda juga perlu tahu cara penyampaian yang sesuai dalam menyuarakan pendapat atau teguran. Memang sukar, tapi tidak salah jika kita cuba memahami tahap pemikiran dan sensitiviti pasangan kita. Begitu juga sebelah pihak yang lain, andai pasangan anda lebih dari anda, belajar berfikir seperti dia. Belajar memahami sikapnya dan yang lebih baik, anda cabar diri anda untuk mencapai tahap yang lebih dari dia.. mungkin dari segi pelajaran atau pendapatan atau keimanan... dan percayalah anda pasti boleh.. Semua untuk kebaikan.



Tapi saya tak suka lelaki or ppn yang terlalu ego.. ego kene ada jugak.. tapi kalau dah terlalu sangat ego.. boleh merosakkan diri dan insan yang kita sayang..



So kawan2.. lets leave in peace and harmony...