Hidup tak semuanya indah.. Adakala suka dan duka. Ada kala kita merasakan terlalu keciwa dengan apa yang kita alami. Down.. mmg down gilos. Rasa depression.. perasaan yang boleh membunuh jiwa kita.
Nie la yang aku hadapi sejak beberapa hari yang lalu sehingga menganggu kesihatan diri aku.. Tekanan darah aku jadi rendah.. tapi Allah Maha Kuasa.. dia tak nak aku terus meratap dalam kesedihan. Diberikan aku petunjuk agar aku bersyukur dengan keadaan diri ku.
Sedang aku sebok menyiapkan tempahan kek yang dipesan oleh pelanggan, aku dikunjungi rakan persekolahan. Gembira dengan kehadiarannya dan anak-anaknya kerumahku. Lantas ku kemas-kemas kerja ku buat sementara waktu bagi menghormati tetamu. Tak mengapa.. kerana aku masih punya waktu untuk menyiapkan tempahan pelanggan ku.
Rupa-rupanya rakan ku ini sedang dirundung kesedihan, datang mencari teman untuk menghilangkan keresahan hatinya. Bukan dia menagih simpati, hanya sekadar menghibur hati. Sedih melihat kedaannya yang amat tertekan dengan segala yang ada disekeliling dalam memperjuangkan kehidupan bersama anak-anaknya. Masih punya suami tapi hanya pada nama. Ada keluarga yang hanya di hadapan mata. Apa dayanya sebagai seorang wanita yang harus berjuang membesarkan anak2nya seramai 6 orang tanpa pekerjaan. Mengharap suami yang ibarat kapal selam yang timbul dan tenggelam. Anak2 harus dibesarkan.. makan.. pakai dan segalanya perlu diselesaikan. Anak-amak perlukan pendididikan.. demi masa depan yang lebih cerah, namun dapatkah ia menjadi realiti. Ku menatap mata kecil itu, cergas akalnya.. petah bertutur kata.. namun dimana akhir hujung pendidikannya.. haruskan ia padam dipertengahan jalan? Berat mata yang memandang.. berat lagi bahu yang memikul..
sejenak aku menginsafi diri....