Monday, November 16, 2009


Dingin menyapa tubuhku.. angin yang berhembus, menyelubungi malam ku.. kaku aku disini melayan kedinginannya malam. Tiada bintang.. tiada bulan.. yang ada hanya langit yang kelam dan gelap.. dah aku melayan hati yang dilanda kesedihan, entah mengapa hari ini kurasakan kesedihan seolah-olah menyelubungi diri..

Bergetar-getar hp yang ku pasangkan hanya getaran, tak ingin rasanya diri ku di ganggu deringan yang menjeruk hati. Kenapa dia tidak mahu mengerti dan memahami tekanan yang ku hadapi.. percaturan hati dihadapan ku ini memaksa ku melukakan hatinya.

"Maafkan aku.. Melukakan hati mu adalah lebih baik dari melukai hati kedua orang tua ku.. Tidak sekali-kali aku akan melukakan hati mereka sekali lagi, besar pengajaran yang telah aku perolehi. Maafkan aku"

Semua ini salahku, mengapa aku membenarkan dia hadir dalam hidupku.. Jika tidak, sudah pasti tidak begini jadinya. Mengapa aku masih membuka ruang hatiku? Sedangkan aku tahu segalanya akan menambah beban di dada. Namun aku harus akur, aku masih memerlukan kasih sayang, belaian kasih dan perlindungan dari insan yang bergelar lelaki. Namun mengapa semua yang hadir hanya menambah luka dah beban? Mengapa tiada yang membahagiakan. Jika tiada bahagia di dunia ini mengapa mereka yang lain masih mendapatkannya.. mengapa tidak aku merasainya seperti mereka? Di mana kebahgiaan buatku.. dimana keindahan dunia ini buatku??

Aku terleku.. kaku.. sekali lagi akur dengan takdir ku...