Wednesday, May 19, 2010

Di mana tempat kami...

Benarkah.....

Kami wanita.. dijadikan oleh Allah dari tulang rusuk kiri lelaki, dekat dihati untuk disayangi, dekat disisi untuk dilindungi..



Tapi menagapa....


Kami wanita, dijadikan barang mainan.. Jiwa kami bagaikan barang dagangan.. hati kami sering diperkotak katikkan.. kehidupan kami dimusnahkan..


Entah mengapa...

Aku semakin merasakan kekejaman terhadap wanita semakin menjadi-jadi.. Berkuasanya lelaki dizaman ini bagaikan cengakaman kuku besi yang menakutkan.. Gerigi besi bagai menanti setiap wanita untuk dihuni.. Mereka berkuasa.. mereka dengan bongkak dan rakus memusnahkan hidup wanita.. membiarkan wanita hidup dalam sensara... kemudian ketawa tanpa rasa belas dan kasihan...

Undang2 bagaikan senjata kekebalan mereka.. perisai kejantanan yang bagaikan syaitan.. membolehkan mereka meletakkan wanita ditelapak kaki untuk diinjak...

Akhirnya... mengapa aku berkata sedemikian....

(menarik nafas yang panjang.....) Semalam.. seorang wanita menanti di kerusi mahkamah untuk diceraikan.. bukan kali pertama.. tapi kali kedua.. esak n tagisan mengiringi perbualan kami.. mengapa jadi begini setelah menabur janji.. nafkah tidak diberi.. anak-anak tidak dapat kesekolah kerana ketiadaan wang.. dapur kering kontang.. anak2 berbekalkan nasi goreng yang hanya ada bawang dan garam.. oh lelaki.. mudahnya kau melepaskan tanggujawabmu.. mudahnya kau meletakkan beban dibahu wanita yang kudratnya Allah jadikan separuh dari kamu... Hancur luluh jiwanya.. mana tempat untuk mengadu?? Mana tempat hendak dituju.. Fikirannya buntu... Jiwanya shahdu..


LELAKI ini kah KAMU....