Tuesday, March 6, 2012

Roti Kelapa Putih

Assalam semua... Korang masih ingat tak bai roti?.. Sekarang nie macam susah nak jumpa jer kan.. kalau dulu..pagi petang lalu depan rumah.. kalau miss beli roti pagi.. petang boleh lagi.. hehehe... selalunya beli roti tak seberapa.. yang bestnya jajan yang dijual tu.. ada alibaba, ada dengdang.. ada macam2 la lagi.. harga lak 10sen.. 20sen... tiap2 hari duit belanja sekolah simpan sbb nak beli kat bai...

Seingat lily lah kan.. salah satu roti yang lily sangat suka ialah roti yang intinya kelapa putih.. selalu org buat pakai gula merah..nie pakai gula putih biasa.. mmm sedapnya bila ingat manisnya roti tu.. yummy..

pon..pon.. bai roti.. bai roti.. hehehe...
diaorg nie kalau bawak roti, sampai tak nampak bai tu.. nampak roti dan tongnya sahaja...


Hari nie lily teringin lak nak buat roti kelapa nie... lepas masak tengahari tadi terus lily mengumpul barang2 nak buat roti.. semangat bekobar2.. apa2 pun makan nasi dulu.. hari nie lily masak sup tulang dan sambal tempe.. alhamdulillah..

Selesai makan terus menguli... kalau kawan2 nak ikut serta membuat roti nie.. jom... nie resepinya..


Bun Kelapa Putih

Bahan roti

300gm tepung roti (high protin)
40gm gula custor
2 st yis kering
1/2 st garam
1/4 st bread softner
1/4 st bread improver
1/2 biji telur
135ml air sejuk
1 st susu tepung
30gm mentega


Bahan inti kelapa

Kelapa parut (ambik yg putih jer..)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan


Cara2 buat doh roti:

as usual lily akan masukkan semua bahan kering dulu.. tepung, yis, gula, susu tepung, garam, bread improver, bread softner.. gaul rata.. lepas tu lily masukkan telur dan air.. uli sampai dia tak melekat pada jari. Kemudian, uli dengan mentega sehingga sebati dan lembut. rehatkan selama 45 minit..


Cara buat inti kelapa

air dan gula dimasak atas api yang perlahan jer.. lily masukkan daun pandan yang dicarik2 dan dipintal sekali dalam air gula tadi.. bila gula dah larut, masukkan kelapa dan masak hingga kering dan kilat.. sejukkan


selepas 45min

tengok doh kita dah naik 2x ganda.. gebu geban.. tubuk-tumbukkan doh untuk keluarkan udara.. kemudian lily buatkan bulat2 kecil.. agak2 seketul bun. lepas tu lily leperkan untuk masukkan inti kelapa.. buat macam kita buat kuih paw.. lily pastikan tak ada inti yang terkeluar2.. susun dalam bekas pembakar. kemudian lily rehatkan lagi selama 45min..

selepas 45min lagi

sapukan telur atas bun dan taburkan kelapa kering.. bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celsius selama 20min.. sejukkan dan leh mamam dah..


yummy.. mmg sedap... sambil makan sambil teringatkan zaman kanak2..





Sunday, March 4, 2012

Roti Kentang

Seronok dapat buat roti. boleh minum petang dengan keluarga, beli memang mudah tapi kepuasan akan lebih tersa bila tangan sendiri yang membuatnya. Lily kemaruk buat roti sekarang nie. nie salah satu roti yang lily dah berjaya buat.. yang lain2 nanti lily masukkan kay..


Roti Kentang





Bahan-bahan doh :

600gm tepung roti (tepung high protin)
4 st yis kering (lily pakai mauripan)
1 1/2 sb susu tepung
150 ml air sejuk

* selalunya lily gantikan dengan susu segar tak payah pakai susu tepung n air.. anak lily tak minum susu lembu.. dia minum susu soya... n lily tak suka rasa susu nie.. bau pun tak sedap..)

1 st garam
1 st bread softner
1 st bread improver
1 biji telur
120 gm gula custor
120 gm kentang lecek (rebus kentang dulu)
60 gm mentega

Bahan-bahan custard

1 sb tepung gandum
1 sb tepung custard
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sb mentega
4 sb gula custor


Cara membuat doh:

campurkan tepung roti, yis, garam, gula, bread softner dan bread improver ( masukkan susu tepung sekali bagi sape yang guna susu tepung) kacau rata. Masukkan telur dan susu (air sejuk bagi yang guna air sejuk ye). Uli sehingga lembut dan masukkan kentang lecek . Uli lagi sampai tidak melekat. lastly masukkan mentega dan uli lagi. Tutupkan doh dan diamkan selama 45 minit .


cara adunan custard:

campurkan semua bahan dan kacau atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat. sejukkan dan masukkan dalam piping bag sebab nanti nak paipkan atas roti.


ok.. selepas 45 min berlalu..


Doh yang tadi dah jadi 2 x ganda.. tumbuk2 doh untuk buangkan angin. kemudian bentukkan bulat2 dan letakkan dalam bekas pembakar. Rehatkan lagi dalam 40 min.


selepas 40min...

panaskan oven 180 celcius... paipkan custard atas doh... bakar dalam 20 min... sejukan atas redai.. dan sedia untuk dimakan.. wow.. mmg gebus dan sedap..