Sunday, March 4, 2012

Roti Kentang

Seronok dapat buat roti. boleh minum petang dengan keluarga, beli memang mudah tapi kepuasan akan lebih tersa bila tangan sendiri yang membuatnya. Lily kemaruk buat roti sekarang nie. nie salah satu roti yang lily dah berjaya buat.. yang lain2 nanti lily masukkan kay..


Roti Kentang





Bahan-bahan doh :

600gm tepung roti (tepung high protin)
4 st yis kering (lily pakai mauripan)
1 1/2 sb susu tepung
150 ml air sejuk

* selalunya lily gantikan dengan susu segar tak payah pakai susu tepung n air.. anak lily tak minum susu lembu.. dia minum susu soya... n lily tak suka rasa susu nie.. bau pun tak sedap..)

1 st garam
1 st bread softner
1 st bread improver
1 biji telur
120 gm gula custor
120 gm kentang lecek (rebus kentang dulu)
60 gm mentega

Bahan-bahan custard

1 sb tepung gandum
1 sb tepung custard
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sb mentega
4 sb gula custor


Cara membuat doh:

campurkan tepung roti, yis, garam, gula, bread softner dan bread improver ( masukkan susu tepung sekali bagi sape yang guna susu tepung) kacau rata. Masukkan telur dan susu (air sejuk bagi yang guna air sejuk ye). Uli sehingga lembut dan masukkan kentang lecek . Uli lagi sampai tidak melekat. lastly masukkan mentega dan uli lagi. Tutupkan doh dan diamkan selama 45 minit .


cara adunan custard:

campurkan semua bahan dan kacau atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat. sejukkan dan masukkan dalam piping bag sebab nanti nak paipkan atas roti.


ok.. selepas 45 min berlalu..


Doh yang tadi dah jadi 2 x ganda.. tumbuk2 doh untuk buangkan angin. kemudian bentukkan bulat2 dan letakkan dalam bekas pembakar. Rehatkan lagi dalam 40 min.


selepas 40min...

panaskan oven 180 celcius... paipkan custard atas doh... bakar dalam 20 min... sejukan atas redai.. dan sedia untuk dimakan.. wow.. mmg gebus dan sedap..