Thursday, December 29, 2011

Jom berkongsi rasa

Hai semua.. Sekarang lily masih lagi bercuti. Tak kerja and duduk rumah jaga anak2.. seronok juga. Dulu asik kerja, sekarang nie lily rasa rindu pada masa dan ketika anak-anak masih kecil. Adakala lily menangis bila melihat gambar-gambar lama mereka. Kesal tak puas peluk dan cium kerana kesibukan tugas. Nak buat macamana kan.. mencari rezeki demi sesuap nasi.

kalau tak kerja nasi pun tak dapat makan tau...

lupakanlah.. nanti sedih.. sob..sob..


Saje jer lily dah duk rumah nie kene rajin la kedapur. Seronok memasak nie.. lily nak share resepi. Tadi lily buat muffin pisang.


Ini pisang.. hehehehe...


Bahan:-

4 biji pisang dilenyek

1 1/2 cawan tepung kek
3/4 cawan gula (manis sgt leh kurangkan kepada 1/2 cawan kay)
1 st baking powder
1 st sodium bikarbonat
1/2 st garam

Bahan-bahan kering ini dicampur dalam satu bekas

1 biji telur
1/3 cawan butter or margerin (cairkan)


ok kawan-kawan.. lets start.. broommm brommm...

untuk buat muffin kita tak perlulah beria2 sangat pukul bahan-bahan nie. Lily pakai senduk jer..

telur dan butter/margerin gaul bersama sehingga sebati kemudian masukkan pisang yang telah dilenyek, gaul lagi sehingga rata. kemudian masukkan bahan2 kering. masukkan kedalam mangkuk kertas yang comel2..


comel tak bekas nie.. green polkadot lg..

ok.. now bakar dalam oven. suhu 160-170 celsius.. jangan lama-lama cukup sekadar 20-25min ok..

nie muffin yang lily buat.. ateh tu lily letak crump.. jemput makan...