Tuesday, April 12, 2011

Ustazah/Ustaz/Cikgu/Pendidik or Whatever yang Sewaktu Dengannya

Gile menulis agaknya aku hari nie.. dah 3 entry aku tulis.. bila time tak de mood nak menulis.. berat tangan nak menaip.. macam orang sembelit rasanya bila idea tak kua-kua. Hari nie aku jadi macam orang tercirit.. hahahahaa...

baby nie buat muka sembelit ker tercirit.. hahahaha.. comel nyaaaa.. *sekadar gambar hiasan*

Sudah beberapa hari nie.. banyak isu yang keluar exp. bab politik.. muak dengan isu2 basi politik nie.



"hang jangan campur urusan politik nie no.. sat g hang kena gam.."

"ya..iya... lily tak mau borak politik nie DSAI.." ehhehehe...


So politic is not my focus here.. The things yang menarik perhatian aku sangat-sangat ialah perilaku ustazah/ustaz/cikgu @pendidik senang aku sebut cikgu jer la.. Baru-baru nie seorang pelajar sekolah agama di perlis mati dibelasah ustaz. wow.. malu beb... apa hal nie.. nama ustaz, mengajar agama, tapi perangai kalah setan. Kalau ye pun budak tu silap, jalan yang diambil tu tetap salah!.. Apa hal nak belasah budak tu? Islam tak ajar kite mengajar anak2 kite sampai macam tu.. paling2 pun sebat kaki.. tu pun dengan niat mengajar.. bukan sampai lebam ker.. luka ker or patah ker kaki budak tu.. apa kah ustazah or ustaz sekarang nie dah mental????


nie adalah petikan dari akhbar BERNAMA


KANGAR 4 April - Bapa angkat kepada murid yang dipukul sehingga meninggal dunia tidak menyangka individu yang menjemputnya untuk melihat keadaan anak angkatnya itu di hospital merupakan indivdu yang melakukan perbuatan tersebut.


Mohd Zamri Shafie, 40, seorang pekerja kilang simen berkata, ustaz tersebut yang menelefonnya sendiri pada pukul 1.40 pagi Jumaat lalu untuk memaklumkan bahawa anak angkatnya Saiful Syazani Saiful Sopfidee 7, telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah akibat mengalami sawan dan mengajaknya untuk melihat kanak-kanak tersebut.


"Pada mulanya saya tidak menyangka ustaz itu yang memukul anak saya sehinggalah beliau sendiri datang jumpa saya pada pagi hari Jumaat dan meminta maaf atas perbuatannya,” kata Mohd Zamri kepada pemberita di rumahnya di Jejawi dekat sini hari ini.

Saiful Syani, seorang anak yatim pada mulanya koma setelah dikatakan dipukul hampir dua jam oleh seorang ustaz yang berumur 26 tahun yang juga penyelia asrama di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi.

Kanak-kanak tersebut kemudianya meninggal dunia di hospital pada 8.50 pagi semalam. - Bernama



Sebulan yang lepas, anak aku hampir2 disepak oleh ustazah sekolah agamanya. Semata-mata tersilap bawa buku agama. Menurut anak lelaki aku, cikgu nie mmg kekwat n garang giler. Aku mmg tak puas hati... tadi aku dibagi tau oleh mama, yang ustazah nie baling buku pulak.. adeh.. berbara hati aku nie.. tapi once dia sentuh anak aku.. mmg siap aku karate dia..



U better watch out!!!



Kenapa jadi macam nie ye, apa cikgu-cikgu sekarang nie dah tak de sifat sabar ker.. aku tak la kata semua cikgu.. segelintir sahaja.. tapi.. segelintir nie yang buat kerjaya sebagai seorang cikgu ini dipandang serong oleh orang lain... Kalau rasa diri tu tak boleh tangani karenah pelajar.. jgn jadi cikgu!.. banyak keje lain kau boleh buat..



Tadi jugak anak kawan aku kene cubit dengan ustazah sekolah, sampai lebam dowh kat perut dia.. kalau tak kuat camner sampai ada kesan kuku kat kulit budak tu.. dah la budak tu pakai baju 2 lapis, kalau cubit leh lebam n berkesan kuku.. just imagine kuat or tak dia cubit.. cuba anak dia kite cubit cam tu.. apa dia rasa... bila kawan aku nie jumpa guru besar buat laporan n nak jumpa ustazah tu, guru besar tak bagi.. minta nak settle dulu dengan ustazah tu.. kite tgu keputusannya nanti.. silap2 senyap mcm tu jer...



HAPASSS!!!!!!!