Thursday, December 29, 2011

Jom berkongsi rasa

Hai semua.. Sekarang lily masih lagi bercuti. Tak kerja and duduk rumah jaga anak2.. seronok juga. Dulu asik kerja, sekarang nie lily rasa rindu pada masa dan ketika anak-anak masih kecil. Adakala lily menangis bila melihat gambar-gambar lama mereka. Kesal tak puas peluk dan cium kerana kesibukan tugas. Nak buat macamana kan.. mencari rezeki demi sesuap nasi.

kalau tak kerja nasi pun tak dapat makan tau...

lupakanlah.. nanti sedih.. sob..sob..


Saje jer lily dah duk rumah nie kene rajin la kedapur. Seronok memasak nie.. lily nak share resepi. Tadi lily buat muffin pisang.


Ini pisang.. hehehehe...


Bahan:-

4 biji pisang dilenyek

1 1/2 cawan tepung kek
3/4 cawan gula (manis sgt leh kurangkan kepada 1/2 cawan kay)
1 st baking powder
1 st sodium bikarbonat
1/2 st garam

Bahan-bahan kering ini dicampur dalam satu bekas

1 biji telur
1/3 cawan butter or margerin (cairkan)


ok kawan-kawan.. lets start.. broommm brommm...

untuk buat muffin kita tak perlulah beria2 sangat pukul bahan-bahan nie. Lily pakai senduk jer..

telur dan butter/margerin gaul bersama sehingga sebati kemudian masukkan pisang yang telah dilenyek, gaul lagi sehingga rata. kemudian masukkan bahan2 kering. masukkan kedalam mangkuk kertas yang comel2..


comel tak bekas nie.. green polkadot lg..

ok.. now bakar dalam oven. suhu 160-170 celsius.. jangan lama-lama cukup sekadar 20-25min ok..

nie muffin yang lily buat.. ateh tu lily letak crump.. jemput makan...


Monday, December 19, 2011

Married

cantik pulok cincin nie yek.. ngeeee


Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segala kebaikan yang telah diberikan. Lily sudah selamat bernikah pada bulan ogos 2011. Jodoh yang diberikan oleh Allah di atas doa yang selalu lily panjatkan padaNya. Kalau ikutkan sudah hampir 4 bulan usia perkahwinan lily dan lim. Doa lily agar jodoh lily kali ini kekal hingga ke akhir hayat.


Biarpun jodoh Lily bukan sebangsa dengan Lily namun masih serumpun.. mmm ye ker.. LOL.. whatever.. Lily tak pernah kenal dia.. kenal hanya seketika, namun mungkin atas jodoh dan doa yang sering Lily panjatkan pada ilahi membuatkan segalanya ini terjadi.

berangan dapat pakai cam nie wehhh..


Adakalanya Lily sering terfikir...

Kesakitan yang Lily alami dulu sering memadamkan kemanisan yang Lily rasai.. dan Lily berharap agar kali ini kemanisan yang lily kecapi dapat memadamkan kesakitan yang ada.. tidak ada rumahtangga yang tidak dilanda ombak. Ya Allah berikan aku kekuatan dan ketabahan.

Sebenarnya lily pun masih takut dengan alam rumahtangga. Setelah 7 tahun lily hidup sendiri, tak ada siapa yang halang apa yang lily nak buat. Kali ini semuanya perlukan pertimbangan demi menjaga keharmonian rumahtangga. Banyak yang lily kene belajar balik, rasa mcm budak2 yang baru belajar bejalan. Adakalanya terjatuh jua.. dulu lily tak perlu fikir makan, pakai suami.. bukan hanya suami tapi anak2 juga.. tapi kali ini semua kene buat, adakalanya terlalai... lily amat mengharapkankan sikap tolak ansur suami biarpun kadangkala menghampakan.

Lily sering memikirkan hari esok.. adakah dia akan meninggalkan lily?.. atau kematian yang memisahkan kami.. apa akan jadi esok.. hati sering dibayangi ketakutan yang amat sangat.. Adakalanya kesal dengan perkahwinan.. adakalanya merasakan ini yang terbaik.. Lily cukup takut kalau dimarahi.. Lily masih Phobia dengan kisah silam.. apa yang mampu lily lakukan sekarang hanyalah berdoa pada Ilahi..

Lily juga ingin meminta nasihat dan tunjuk ajar dari rakan2 yang ada.. andai ada doa2 amalan yang boleh membantu lily dalam menghadapi bahtera rumahtangga.. rakan2 bolehlah emailkan kepada lovelylily41@yahoo.com..

TQ to all..

Tuesday, April 12, 2011

Ustazah/Ustaz/Cikgu/Pendidik or Whatever yang Sewaktu Dengannya

Gile menulis agaknya aku hari nie.. dah 3 entry aku tulis.. bila time tak de mood nak menulis.. berat tangan nak menaip.. macam orang sembelit rasanya bila idea tak kua-kua. Hari nie aku jadi macam orang tercirit.. hahahahaa...

baby nie buat muka sembelit ker tercirit.. hahahaha.. comel nyaaaa.. *sekadar gambar hiasan*

Sudah beberapa hari nie.. banyak isu yang keluar exp. bab politik.. muak dengan isu2 basi politik nie.



"hang jangan campur urusan politik nie no.. sat g hang kena gam.."

"ya..iya... lily tak mau borak politik nie DSAI.." ehhehehe...


So politic is not my focus here.. The things yang menarik perhatian aku sangat-sangat ialah perilaku ustazah/ustaz/cikgu @pendidik senang aku sebut cikgu jer la.. Baru-baru nie seorang pelajar sekolah agama di perlis mati dibelasah ustaz. wow.. malu beb... apa hal nie.. nama ustaz, mengajar agama, tapi perangai kalah setan. Kalau ye pun budak tu silap, jalan yang diambil tu tetap salah!.. Apa hal nak belasah budak tu? Islam tak ajar kite mengajar anak2 kite sampai macam tu.. paling2 pun sebat kaki.. tu pun dengan niat mengajar.. bukan sampai lebam ker.. luka ker or patah ker kaki budak tu.. apa kah ustazah or ustaz sekarang nie dah mental????


nie adalah petikan dari akhbar BERNAMA


KANGAR 4 April - Bapa angkat kepada murid yang dipukul sehingga meninggal dunia tidak menyangka individu yang menjemputnya untuk melihat keadaan anak angkatnya itu di hospital merupakan indivdu yang melakukan perbuatan tersebut.


Mohd Zamri Shafie, 40, seorang pekerja kilang simen berkata, ustaz tersebut yang menelefonnya sendiri pada pukul 1.40 pagi Jumaat lalu untuk memaklumkan bahawa anak angkatnya Saiful Syazani Saiful Sopfidee 7, telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah akibat mengalami sawan dan mengajaknya untuk melihat kanak-kanak tersebut.


"Pada mulanya saya tidak menyangka ustaz itu yang memukul anak saya sehinggalah beliau sendiri datang jumpa saya pada pagi hari Jumaat dan meminta maaf atas perbuatannya,” kata Mohd Zamri kepada pemberita di rumahnya di Jejawi dekat sini hari ini.

Saiful Syani, seorang anak yatim pada mulanya koma setelah dikatakan dipukul hampir dua jam oleh seorang ustaz yang berumur 26 tahun yang juga penyelia asrama di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi.

Kanak-kanak tersebut kemudianya meninggal dunia di hospital pada 8.50 pagi semalam. - Bernama



Sebulan yang lepas, anak aku hampir2 disepak oleh ustazah sekolah agamanya. Semata-mata tersilap bawa buku agama. Menurut anak lelaki aku, cikgu nie mmg kekwat n garang giler. Aku mmg tak puas hati... tadi aku dibagi tau oleh mama, yang ustazah nie baling buku pulak.. adeh.. berbara hati aku nie.. tapi once dia sentuh anak aku.. mmg siap aku karate dia..



U better watch out!!!



Kenapa jadi macam nie ye, apa cikgu-cikgu sekarang nie dah tak de sifat sabar ker.. aku tak la kata semua cikgu.. segelintir sahaja.. tapi.. segelintir nie yang buat kerjaya sebagai seorang cikgu ini dipandang serong oleh orang lain... Kalau rasa diri tu tak boleh tangani karenah pelajar.. jgn jadi cikgu!.. banyak keje lain kau boleh buat..



Tadi jugak anak kawan aku kene cubit dengan ustazah sekolah, sampai lebam dowh kat perut dia.. kalau tak kuat camner sampai ada kesan kuku kat kulit budak tu.. dah la budak tu pakai baju 2 lapis, kalau cubit leh lebam n berkesan kuku.. just imagine kuat or tak dia cubit.. cuba anak dia kite cubit cam tu.. apa dia rasa... bila kawan aku nie jumpa guru besar buat laporan n nak jumpa ustazah tu, guru besar tak bagi.. minta nak settle dulu dengan ustazah tu.. kite tgu keputusannya nanti.. silap2 senyap mcm tu jer...



HAPASSS!!!!!!!

Kerana Contact Lens

Semalam 1/2day aku menular.. bosan seh.. jadi aku teman kawan aku nie g collect dia punya hamper. Lepas tu aku merayap ler.. g Amcorp Mall.. hehehe.. Jalan2 cuci mata.. tapi tercuci gak poket aku.. biasa la perempuan kan.. Singah beli Contact Lens.. konon2 nak melawa... beli ler yang membesokan bijik mata aku nie.. seronok lak aku.. dan2 tu aku pakai.. hehhee... singgah watson aku belasah pakai celak n mascara... hehehehe... sebab celak aku dah abis.. aku sambar ler satu.. orite la kan.. leh la mata aku jadi galak n gedik... wakakakaka

Dee call masa aku dalam perjalanan balik ke opis.. so aku bagi tau la aku beli ini itu.. *aku nie mmg mcm nie, suke cerita kat orang aku beli apa~ perangai aku nie hodoh sikit* seh.. dia kata dia tak suke orang pakai Contact Lens.. x bagi aku pakai masa jumpa dia.. so malas nak argue masa tu aku okkan jer la.. ye la tengah drive nie kalau ilang mood kang aku mula la bawak cam gam*&*#. Tapi masa tu mood aku dah terkemut2 gak la...

Sampai kat opis aku anta mms mata aku nie.. bukan banyak sangat pun beza, bukan aku pakai kale terang2..


  • "I am busy now for tender..nnt ptg sikit i call lily, k!"

  • "Yes i know.. i just send u my picture.. im wearing Contact Lens, not so bad. Im not wearing till my eyes look like gross"

  • "up to you.. Cuma I just don't like women pakai contact lens with any color.. kalau yang power nak ganti spec tu ok la.. why you need to used contact lens? It doesn't help to enhance somebody's beauty at all!!"

  • "ok la.. i just love to wear it.. I use to wear it since long time ago.. As i said.. im still a women"

  • "Whatever la lily.. as long you dont wear it infront of me or with my family.. the rest do as you like!"


  • S*#%@!!!!!


    aku malas nak balas.. sebal dah hati aku nie.. bukan aku bertukar jadi ppn sundal pun pakai bende jadah nie.. Aku dah mula dah nie.. mau aku blah jer cam nie.. sakit tul hati aku..



    WTF!!!!!!!!!!!!!!!!

    Air soya Air liur

    Baru-baru nie, tengah hangat isu air soya Bandar Baru Bangi.. mak aiii... korang dah tengok belum rakaman video nie? kalau tak tengok lagi.. nah tengok nie..


    Air Soya Air Liur


    so apa pendapat kawan2?.. aku tengok terasa nak muntah.. ada kawan aku kata dia tiup plastik tu nak bagi kembung.. alamak fwen.. tgk betul2 la bai.. tiup apa kalau dah masuk air soya tu dalam plastik.. lg pun wa rasa kalau dah masuk air kite bungkus jer plastik tu mmg akan jadi kembung.. tk yah tiup2 de... eee.. geli-geleman aku tgk. Tak de iman langsung budak nie.. ker dia bukan islam?


    Sure sape yang beli nie tak leh lupe kan.. hehehe.. kesedapan yang tak terhingga.. nak lagi.. lagi dan lagi... mandrem la katakan.. perghhh.. nie pelaris apa tah yang dia pakai.. kalau tak pakai kete merc lepas nie tak tau la kan.. if sekadar cukup makan kalau macam nie punya mandrem baik kau jual diri kat lorong H**^ T*** jer la.. hareeeeemmm jadah...


    Aku jadi penin bila tgk video nie. Jadi tak sampai hati nak biarkan anak-anak beli air kat luar.. nak buat sendiri kite nie keje.. balik pun dah petang.. aku rasa kite nie kene la belajo buat air soya sendiri gamoknya..


    Meh kawan2 kite belajo buat sendiri..


    AIR KACANG SOYA


    Bahan:



    • 200 gm kacang soya direndam hingga kembang (at least 24 hrs k)

    • 2 sudu makan susu tepung /1 cawan susu ideal (optional)

    • 1 liter air

    • gula secukup rasa

    • daun pandan disimpul

    • secubit garam

    Cara:



    • Blend kacang soya (yg telah kembang dan dibuang kulit) dengan air tapis menggunakan kain kasa

    • masukkan kedalam periuk dan masukkan susu dan secubit garam dan kacau hingga larut *masak dgn api sederhana dan sentiasa kacau kalau tak berkerak kat bawah*

    • masukkan daun pandan dan tunggu mendidih dan masukkan gula

    *wink.. amacam kawan-kawan? lets try.. buat la untuk anak-anak.. seminggu sekali untuk satu minggu.. simpan dalam fridge leh la tahan 5 hari kalau tak diminum.. tapi biasa nya tak tahan lama. Bukan sebab basi.. tapi sebab diminum.. hehehehee..

    Tuesday, March 15, 2011

    Cuma memahami diri sendiri..

    Merenung disebalik jendela hidup, melihat kembali jalan yang pernah aku tempuhi. Membuatkan aku merasa sayu sekali. Sejauh ini telah aku berjalan mengharungi pahit dan manis kehidupan.

    Hari ini aku tenggelam dalam kesahduan... sunyikah aku? semenjak kebelakangan ini, perasaan ini sering hadir membuatkan jiwa ku terganggu. Apa yang sebenarnya ku mahu dalam hidup.. Puas aku cuba mengenali diri ini.. puas sudah ku mencari siapa diri ini... apa yang aku mahu.. apa yang aku perlu...

    bonda kata.. aku tak perlu risau.. aku punya kerjaya untuk terus hidup.. aku punya anak2 walaupun mereka jauh.. aku punya kenderaaan walaupun hanya kancil cuma.. aku punya rumah walaupun hanya rumah sewa... bonda kata aku cukup segala..

    tapi bonda.. aku sunyi.. jiwa ku kosong sekali...

    teman, datang dan pergi.. namun aku memahami.. mereka punya tanggungjawab pada suami/isteri.. itu pasti bagi mereka yang seusia ku.. ada masanya mereka penawar duka.. adakala mereka penambah duka.. aku merasa sangat bertuah punya kawan seperti mereka

    tapi teman.. aku sunyi.. jiwa ku kosong sekali...

    kata mereka, carilah pasangan hidup.. cari yang memahami.. cari yang menyayangi.. carilah yang mengasihi.. yang penting jgn yang bisa menyiksa diri.. namun sakit ku masih menguasai.. ketakutan menghalang segalanya dari terjadi.. harus bagaimana????

    namun aku tau.. aku sunyi.. jiwaku kosong sekali...

    dan aku harus membuka ruang hati.. dan yakin pada Illahi bahawa suatu hari nanti pasti ada yang bisa membuka hati ini, serta mengisi kekosongan hati dan saat itu akan ku nanti... dan aku harus bersabar dengan kesunyian ini..