Wednesday, December 23, 2009

Tolong jangan tinggalkan saya bang....

One of my friend wrote this in his Facebook..



Wanita tu cuba untuk ubah perangai/cara hidup lelaki.

Setiap orang ada personaliti, perangai dan cara hidup mereka yang tersendiri. Personaliti atau perangai ini berbeza-beza mengikut latar belakang, asuhan mak bapa masa kecil, keadaan keluarga, genetik, persekitaran tempat membesar, proses pembelajaran dan pengalaman. Perangai atau personaliti seseorang adalah AMAT SUKAR sekali untuk diubah. Malah ia boleh dikatakan hampir mustahil untuk diubah. Kalau boleh ubah pun, mungkin ia memakan masa bertahun-tahun lamanya. Jadi, jangan sekali-kali mendesak teman lelaki atau kekasih anda untuk berubah. Walaupun mungkin dia mempunyai banyak kelemahan, cubalah terima kelemahan dan keburukannya tu. Jangan sekali-kali desak dan paksa dia buat perubahan. Bagi dia masa. Hormati dia. Jangan ungkit-ungkit dan perbesarkan kelemahan yang dia ada.

My answer:

Kenapa mesti berkata semikian, bagi aku perempuan dan lelaki itu same sahaja. Aku setuju dengan kata-katanya, namun aku kurang setuju sekiranya perkara ini dirujuk kepada jantina. Bukan hanya sekadar SESETENGAH kaum wanita yang ada sikap demikian, namun ada juga SESETENGAH lelaki juga bersikap demikian. Ada juga dikalangan mereka ini berkahwin dan menyifatkan perkahwinan ini memberi kuasa 'hak milik' pasangan itu 100% menjadi hak milik mereka tanpa memikirkan hati dan perasaan pasangan masing-masing. Ada dikalangan mereka ini, selepas berkahwin ingin pasangan mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada mereka n keluarga mereka sahaja sedangkan hubungan pasangan mereka dengan keluarganya direnggangkan. Amat menyedihkan bila ini terjadi. Setiap manusia itu mempunyai jalan cerita hidup masing-masing, menerima seseorang itu menjadi pasangan hidup bermakna kita juga harus sedia menerima seluruh hidupnya, keluarganya, saudara maranya, rakan-rakannya, hitam putih hidupnya atau apa sahaja.

Wahai rakan-rakanku,

Janganlah bermimpi disiang hari, janganlah sesekali cuba untuk mengubah sikap pasangan masing-masing. Manusia akan berubah jika tiba masa dia merasakan yang dia perlu berubah. Apa yang anda perlu lakukan hanya suntikan semangat dan kata-kata perangsang untuk mereka merasakan masa itu telah tiba untuk mereka berubah. Ingatlah, pasangan anda tidak akan benar-benar berubah sekiranya ia bukannya datang dari dalam diri mereka sendiri. Perubahan yang dilakukan kerana terpaksa tidak akan kekal lama.

Wanita tu terlalu meminta-minta. Terlalu materialistik.

High maintenance.Saya rasa yang ni saya tak payah nak cerita panjang. Sebab semua orang faham kot. Pendek kata, perempuan yang suka DEMAND lebih-lebih, tak sedar diri, sangatlah memeningkan kepala lelaki. Sikap perempuan yang suka meminta-minta ni hanya akan membebankan fikiran lelaki yang memang sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab lain. Jangan sekali-sekali anda kusutkan hati dan perasaannya dengan meminta-minta apa yang dia tak mampu. Jangan sekali-kali anda mempertikaikan kredibilitinya kalau dia tak mampu untuk tunaikan hajat dan keinginan anda.

My answer:

Menjadi wanita, kita perlu ada harga diri. Kita perlu ada nilai diri masing-masing. Wanita sekarang perlu ada sikap metrialistik. Masa, keadaan dan kehidupan menuntut kita untuk menjadi sedemikian. Ingatlah wahai lelaki, Jika wanita itu tidak metrialistik apa akan jadi pada lelaki sekarang? Mungkin lelaki akan jadi malas.. atau lelaki akan merasakan cukup dengan sekadar yang ada @ cukup-cukup makan dan tidak ada sikap untuk meningkatkan diri sendiri.

WALAUBAGAIMANPUN tak semua lelaki sebegini, ada yang lahiriahnya sedar tanggungjawab masing-masing dalam mencari kemewahan (bagusnya lelaki sebegini, tak perlu wanita itu sakit kepala dan sakit hati untuk memikirkan jalan agar lelaki sedar atau bertungkus lumus membanting tulang 4 kerat yang tak segagah mana untuk memewahkan lelaki, cukup sekadar menjadi backup pada keluarga).

Berbalik pada soal tadi, wanita perlu tau DEMAND. Perlu METRIALISTIK... Kenapa dan mengapa. Kalau kita ini ditakdirkan jatuh cinta (Ya Allah seronoknya dengar ye..), dan hidup berumahtangga, kita dan pasangan kita memang boleh hidup dengan cinta, makan ala kadar sahaja, tidur dimana-mana, pakai apa yang ada, makan dan minum boleh dikongsi berdua. TAPI, sampai bila kita hanya berdua? Pasti bertambah menjadi 3.. jadi 4.. jadi 5.. BOLEHKAH yang ke 3.. ke 4..ke 5 itu hidup hanya dengan cinta kita?? Bolehkah kite kekedai untuk membeli susu dengan cinta? "En. Kami nak bayar susu ini dengan cinta kami..". "Engkau orang ingat ini kedai kamu yang punya.." mmm... tuan kedai pun buka kedai sebab hendak menampung demand kehidupan dan metrialistik anak, isteri dan diri sendiri.

Wanita HARUS METRIALISTIK, perlu tahu dan perlu ADA nilai MAINTAINANCE diri sendiri. Yang perlu seperti makan, pakai, transport, tempat tinggal itu hanya BASIC, perlu diingat tambahan itu juga perlu, supliment untuk kesihatan, kalau tak sihat macam mana nak bagi service yang baik, tambahan untuk kecantikan, kalau tak cantik nanti ada pulak ura-ura keluar untuk menambah isteri atas alasan yang ada tak pandai jaga diri. Pastikan bila anak meningkat kepada 3 orang,anda perlu ada pembantu rumah. Janagn biarkan diri anda serabai macam roti kirai mamak. Roti kirai mamak laki kejar.. kalau kita macam roti kirai mamak.. bukan laki jer lari.. mamak pun tak mau mari.

Ingatlah wahai wanita, siapa lagi yang perlu menghabikan duit laki kalau tak kita. Jangan biarkan duit mereka habis kewanita lain selain kita, maknya dan adik beradiknya.

DAN ingatlah lelaki, sudah tanggungjawab anda untuk membahagiakan keluarga.




Wanita tu suka eksyen, ego dan besar diri.

Walaupun mungkin anda lebih berpendidikan dan mempunyai kerja yang lebih bagus dari teman lelaki anda, jangan sekali-kali eksyen, sombong, ego dan besar diri. Ini pantang besar bagi lelaki. Lelaki sangat tak boleh terima jika ada wanita yang cuba untuk berlagak hebat dan tunjuk ego lebih daripada dirinya. Memang itu fitrah lelaki. Ego dia mesti lebih tinggi dari ego perempuan. Kalau ada wanita yang cuba tunjuk eksyen, maka tak lama memang kena tinggal la perempuan tu. Tak caya? Cubalah…huhu...



My Answer:



Beb, setinggi mana pun kite, sebesar mana pun pangkat, sebaik mana pun kedudukan kite, tak bermakna kita nie ego.. Yang ego ialah orang yang cemburu dan tidak dapat menerima kenyataan, kerana sukar menerima kelebihan orang lain. Zaman sekarang nie, tak kira lelaki atau perempuan semua sama sahaja, pucuk pangkal hati.



Cuma budaya kita agak berat sebelah kerana terlalu meletakkan kesalahan pada bahu kaum wanita WALAUPUN kesalahan itu BUKAN berpunca dari wanita. Wahai sahabatku, kita dituntut untuk mencari ilmu, perkara ini tidak hanya fokus kepada kaum lelaki tetapi universal. Wanita juga berhak untuk mencari ilmu sebanyak mana yang mampu, sama seperti lelaki. Jika dilihat pada zaman ini, ramai wanita lebih berpendidikan dari kaum lelaki. Persoalannya kenapa?? Jawapannya ada dalam diri sendiri kerana hanya anda yang tahu sebabnya, mungkin sebab faktor ekonomi, faktor peribadi atau faktor kehendak diri. DAN perlu dingat, ilmu yang ada bukan untuk dibanggakan, makin banyak ilmu yang kita dapat bermakna makin berat tangungjwab kita. Jangan ingat ilmu yang kita ada hanya menambah pahala, kalau tidak digunakan dengan betul maka ia boleh jadi sebaliknya.



Bagi saya, mungkin wanita itu bukan menunjukkan egonya, cuma menyuarakan ketidakpuasan hati. Disebabkan dia berpelajaran, maka cara percakapannya agak fokus dan banyak mengunakan logik. Namun disebabkan budaya melayu yang agak sopan dan tertib, percakapan yang fokus dan logik ini akan jadi sedikit terhalang dan oleh itu banyak salah faham akan berlaku. Lagi satu, konflik antara dua pemikiran dalam tahap pendidikan yang berbeza. Bagai yang berpelajaran, anda juga perlu tahu cara penyampaian yang sesuai dalam menyuarakan pendapat atau teguran. Memang sukar, tapi tidak salah jika kita cuba memahami tahap pemikiran dan sensitiviti pasangan kita. Begitu juga sebelah pihak yang lain, andai pasangan anda lebih dari anda, belajar berfikir seperti dia. Belajar memahami sikapnya dan yang lebih baik, anda cabar diri anda untuk mencapai tahap yang lebih dari dia.. mungkin dari segi pelajaran atau pendapatan atau keimanan... dan percayalah anda pasti boleh.. Semua untuk kebaikan.



Tapi saya tak suka lelaki or ppn yang terlalu ego.. ego kene ada jugak.. tapi kalau dah terlalu sangat ego.. boleh merosakkan diri dan insan yang kita sayang..



So kawan2.. lets leave in peace and harmony...

Monday, November 16, 2009


Dingin menyapa tubuhku.. angin yang berhembus, menyelubungi malam ku.. kaku aku disini melayan kedinginannya malam. Tiada bintang.. tiada bulan.. yang ada hanya langit yang kelam dan gelap.. dah aku melayan hati yang dilanda kesedihan, entah mengapa hari ini kurasakan kesedihan seolah-olah menyelubungi diri..

Bergetar-getar hp yang ku pasangkan hanya getaran, tak ingin rasanya diri ku di ganggu deringan yang menjeruk hati. Kenapa dia tidak mahu mengerti dan memahami tekanan yang ku hadapi.. percaturan hati dihadapan ku ini memaksa ku melukakan hatinya.

"Maafkan aku.. Melukakan hati mu adalah lebih baik dari melukai hati kedua orang tua ku.. Tidak sekali-kali aku akan melukakan hati mereka sekali lagi, besar pengajaran yang telah aku perolehi. Maafkan aku"

Semua ini salahku, mengapa aku membenarkan dia hadir dalam hidupku.. Jika tidak, sudah pasti tidak begini jadinya. Mengapa aku masih membuka ruang hatiku? Sedangkan aku tahu segalanya akan menambah beban di dada. Namun aku harus akur, aku masih memerlukan kasih sayang, belaian kasih dan perlindungan dari insan yang bergelar lelaki. Namun mengapa semua yang hadir hanya menambah luka dah beban? Mengapa tiada yang membahagiakan. Jika tiada bahagia di dunia ini mengapa mereka yang lain masih mendapatkannya.. mengapa tidak aku merasainya seperti mereka? Di mana kebahgiaan buatku.. dimana keindahan dunia ini buatku??

Aku terleku.. kaku.. sekali lagi akur dengan takdir ku...

Wednesday, June 17, 2009

Jiwa Yang Tenang

Setiap hari dalam menjalani kehidupan, adakalanya Jiwa kite kacau.. adakala kita berada dalam keadaan yang amat tenang... Dalam keadaan dunia sekarang, penuh dengan dugaan dan rintangan. Arus kehidupan yang amat deras menyebabkan ramai yang mengalami tekanan perasaan yang teruk..


Biasanya kalau aku pergi keluar berjalan pastinya aku akan terserempak dengan orang kurang siuman@gile. Terdetik soalan di dalam hati aku, kenapa dia jadi macam nie? Apa masalah yang dia hadapi? Teruk sangat ker? Kesiannya.. insaf aku.. terasa ketika itu rasa syukur yang teramat kepada Maha Pencipta Allah S.W.T kerana mejadikan aku seorang yang kuat dalam menghadapai tekanan kehidupan. Moga aku terus diberi kekuatan olehNya untuk meneruskan hidup ini.


Adakala dalam kehidupan nie apa yang diharapkan tak semua menjadi kenyataan, apa yang kite nak itu yang kita tak dapat, apa yang kite hajatkan tidak kesampaian. Bila jadi macam nie.. kite akan rasa keciwa.. rasa sedih.. Tapi kite mugkin lupa, apa yang kite hajat tu sebenarnya mungkin bukan yang terbaik untuk kite. Hanya DIA yang tau , apa yang terbaik buat kite sebenarnya. Tak perlu rasa keciwa.. kuatkan hati.. Percaya bahawa Allah pasti sudah sediakan sesuatu yang terbaik dari itu buat kite. Teruskan usaha.. Jangan Keciwa..

Aku sekadar mengingatkan diri sendiri..


Setiap hari dalam menjalani kehidupan, adakalanya Jiwa kite kacau.. adakala kita berada dalam keadaan yang amat tenang... Dalam keadaan dunia sekarang, penuh dengan dugaan dan rintangan. Arus kehidupan yang amat deras menyebabkan ramai yang mengalami tekanan perasaan yang teruk..

Biasanya kalau aku pergi keluar berjalan pastinya aku akan terserempak dengan orang kurang siuman@gile. Terdetik soalan di dalam hati aku, kenapa dia jadi macam nie? Apa masalah yang dia hadapi? Teruk sangat ker? Kesiannya.. insaf aku.. terasa ketika itu rasa syukur yang teramat kepada Maha Pencipta Allah S.W.T kerana mejadikan aku seorang yang kuat dalam menghadapai tekanan kehidupan. Moga aku terus diberi kekuatan olehNya untuk meneruskan hidup ini.

Adakala dalam kehidupan nie apa yang diharapkan tak semua menjadi kenyataan, apa yang kite nak itu yang kita tak dapat, apa yang kite hajatkan tidak kesampaian. Bila jadi macam nie.. kite akan rasa keciwa.. rasa sedih.. Tapi kite mugkin lupa, apa yang kite hajat tu sebenarnya mungkin bukan yang terbaik untuk kite. Hanya DIA yang tau , apa yang terbaik buat kite sebenarnya. Tak perlu rasa keciwa.. kuatkan hati.. Percaya bahawa Allah pasti sudah sediakan sesuatu yang terbaik dari itu buat kite. Teruskan usaha.. Jangan Keciwa..

Aku sekadar mengingatkan diri sendiri..

Nie petua2 dari Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"


2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.


5)Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari -Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6) Bisikan kepada diri perkara yang positif -Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah"Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)


7) Program minda/cuci minda - Paling baik padawaktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan didalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apayang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -CUBALAH!!


8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindardari melakukan perkara-perkara kejahatan


9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendakmelakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)


10) Kekalkan wuduk


11) Bersedekah


12) Belanja orang makan.


13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat


14) Berkawan dengan ulama


15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)


16) Pesan pada orang, jadi baik


17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.



Aku rindu... rindu pada mereka...

MIMPI

apa punya mimpi da semalam.. buat aku nak tergelak jer sehari nie.. mengarut pun ada...kelakar pun ada.. funny.. funny..

semalam aku borak kat YM dengan kawan aku sorang nie.. dia tanya aku bila aku nak kawin.. alamak.. apa punya soalan da nie.. puas aku duk tepis2 soalan cepumas nie.. dia kata aku nie memilih sangat.. org nak aku tak nak.. ye ker?mmmm... tak gak.. orang jer yang tak nak aku.. ekekkekekekee... kalau jodoh nie mudah2 jer cari.. tentu aku dah kawin dah dik non oiiiiii... ingat cari jodoh nie cam cari ikan kat pasar ker.. leh tak aku tanya lelaki2 yang lalu depan aku.. " awak.. awak nak kawin tak ngan saya..?" sure lepas tu aku kene tangkap n masuk wad gile.. ekekekkekekekee... desperate bebno kalau aku buat cam tu... ala malas la aku nak pk soal2 kawin nie.. aku pun bukan muda lagi nak pk soal kawin2 nie..

tapi aku terpengaruh gak ngan soalan2 dia.. ekekekkeke.. siot tul soalan cam tu... disebabkan soalan tu gak la.. aku sampai mimpi2..

AKU MIMPI KENE PATUK ULAR.....




Kelakar.. mmg kelakar.. ular tu duk dalam baju aku.. puas la aku buang.. tarik2 suh pegi.. eee.. degil ular nie.. aku dah buang tapi masih ada lagi dalam baju aku.. last2 aku tarik gak kua.. tapi ular tu patuk tangan aku.. kurang ajar punya ular...


cam nie ler rupe ular tu.. wane ijau.. kecik jer... tapi cute kan...

Aku cite la ngan akak aku... dia pun gelak besar.. aku apa lagi.. gelak gak la... kalau ikut kata orang2 tua dulu.. kalau kene patuk ular tandanya ada orang nak pinang... tu yang buat aku bertambah2 nak gelak.. sape nak pinang aku pulak nie... ada ker orang nak pinang aku.. wakakkaakakakaa...



ko pun golak ek unte...


eee.. takut la aku.. kang dibuatnya bukan aku kene pinang.. tapi aku kene tipu lagi.. tak nak... serik aku ditipu.. minta dijauhkan la kalau mimpi ular tu bawak maksud yang tak baik.. aku takut gak.. kot kot ular tu bukan nak pinang aku tapi jadi petanda yang aku nie ada musuh dalam selimut... musuh diam2 gitu.. nauzubillah...

Tapi aku kene positif... itu cuma mimpi kan... mainan tido... moga Allah lindungi aku dari musuh2 yang cuba menjatuh dan menjerat aku... Jangan la aku diuji lagi dengan perkara2 macam tu.. tak tertanggung dah aku nie..

So that's why aku leh gelak2.. sebab aku tau tu hanya mimpi... apa2 pun.. LARIKKKKKKKKK.... ULAR PATUK AKU.... Tolong aku doktor.. nanti aku mati dipatuk ular..


Monday, May 18, 2009

HaRi YaNg BeRaNgIn


tak de angin.. tak de ribut.. tiba2 aku jadi kabut.. kabut angin kus kus.. kawan aku kata kabut serangkai mawar.. hekk dia mawar.. habis angin2 memenuhi badan aku.. bende silap sikit jer aku hembus angin aku sampai aku lak yang naik semput...

hai.. apo kono eh la ekau nie milah.. angin tibo2.. angin satu badan, batu naik kepalo...

hai bulan.. kalau nak datang... datang yo lah.. tak payah la anta angin pengkabaran bagai... kesian aku nie dok terbakar jer.. beron..beron...

so aku kene pujuk diri aku untuk lebih releks... tarik nafas... hembus... tarik nafas..... aaaa.. legenya


releks cam nie.. bestnya.. aman.. tenang.. seksi.. ekekekekekeke


semalam ada orang call aku, tah sape2 tah.. aku tak kenal pun.. tetibe cakap nak kenalan.. eee.. takutnya.. jgn la sampai pisang berbuah 2-3 kali.. ini sume perangkap lelaki.. org2 cam nie la yang menakutkan aku..


cam biasa la.. jual minyak ngan aku.. ingat aku nie orang minyak ker.. lelaki nie kalau pasal mengayat ppn memang no. 1. Ayat mmg tak hinggat.. Ayat jgn tak ayat bang.. aku dah leh baca sume ayat2 tu.. sume dah ada dalam kamus aku.. siap dengan makna sekali.. apa yang diucap tu mmg sebenarnya tak de maknenye.. hehehehehe...poyo jer lebih..


i suka ppn macam you sebab itu ini.. begitu begini..

uuu.. power tu ayat.. kalau ppn tak kenal lagi dunia lelaki sure caer...n aku sori ler yer.. meluat lagi ada.. nauzubillah..


kite keluar makan malam la ek

Sori la i tak makan malam

tak per la cam tu.. kite minum jer.. kalau u tak makan.. i pun tak nak makan..

ai cam tu pulak.. u nak makan.. makan je la..

tak leh la cam tu.. i ikut u.. kena la ikut u sebab i suke kat u...


eee.. cam P****K jer ayat2 tu kan.. geli geleman telinga aku.. menari2 bulu ketiak berok...

Larikkkkkkk.... chow...







Monday, May 11, 2009

rocknye monday aku hari nie.. pepagi aku dah tepacak kat opis even lagi one hour time aku sepatutnya masuk opis.. uuuu.. 7.30am aku dah sampai... suspect tul.. heheheheh... biar betik.. walaupun malam semalam aku tak dapat tido lena sebab kepanasan dan menjadi ratahan nyamuk sebab aku bukak tingkap luas2 mengharapkan angin sejuk masuk, tapi nyamuk lak yang masuk.. tapi aku berjaya bangun awal..




Aku terus pk, apa aku nak bfast sebelum aku mulakan kerja2 aku yang tergendala masa hari jumaat ari tuh.. ingat nak makan kat kedai depan dewan, tapi sampai sana jer kedai dah bukak tapi tak de apa2 yang boleh aku makan.. last2 aku terus ke kedai mesra yang sangat la mesranya aku beli nasi goreng 1/2 polisterine.. n aku beli nescafe'0'. Jalan balik ke office belenggang kangkung sensorang.. ekekekeke.. sampai kat opis aku buka la nasi goreng tu, bila aku tgk cam masak ala2 tangkap muat jer.. tak de apa pun dalam nasi tu.. kosong jer.. last2 tong sam pah yang makan.. aku minum nescafe '0' jer.. hampeh la pak cik nie.. jual nasi cam tu... tak berkat.. tak per la.. aku gak yang ngok beli tak tengok2..




kerja aku cam biasa la.. tgk boss aku bz giloz.. aku pun bz gak dengan kerja2 yang dia bagi.. memasukkan sebut harga yang ada dalam laman web.. tapi syok bz2 nie.. n aku berjaya memasukkan semua sebut harga yang ada lebih daripada 25 tender seantero malaysia... uih.. peluang baik nie untuk semua bumiputera... kejo yop kejo... kalau aku la kontaktor.. nie peluang baek punye.. sebab job sume cam best naiktaraf.. pembaikan.. etc..




tgahari jer aku dah mule terkuap2.. tak henti2 lak mulut nie menguap2 cam rimau lak aku rasa... so tgahri aku mmg tak makan.. minum JDM5 pas tau aku lepak releks kan kepala.. n restkan mata dari mengadap pc.. letih wo... pedih mate.. kul 2 aku mula keje balik.. tup..tap.. dah kul 6 ptg n waktu untuk aku balik.. sampai kat umah aku pk apa yang boleh aku makan untuk melapik perut ku yang cacingnya meminta2 untuk di jamu... mmm... aku buat bakso jer la.. tak ler heavy sangat.. letak bebola daging.. n selebihnya hanya kuah.. ok la tu..



ni bukan bakso yang aku masak.. tapi lebih kurang la.. jemput makan..






Sunday, May 10, 2009

hai panehnya... sekarang nie musim panas agaknya.. letih kepanasan.. berpeluh2..

kemalasan meyelubungi diri aku hari ini.. satu kerja pun tak jadi.. aku duk melepak depan pc chating ngan anak and a few friends, sambil baca blog2 orang yang aku sendiri pun tak kenal.. saje suke-suke nak baca.. bangun awal, tapi tergolek2 sampai tengahari.. sarapan pun tak.. tengahari just take a cup of coffee, 2pc wheat bread with an egg.. sambil melangut tgk melodi... tak sedapnya la roti nie.. tapi nak buat macam mana.. diet punya pasal.. balun jer la..

aku rasa kejap jer dah malam.. lapar.. so aku kua makan kue tiaw tom yam.. makan sikit dah rasa kenyang aku pun tak tau kenyang ker sebab tak selesa sebab aku berpeluh2 kepanasan (ok la sebab aku pun tgh diet nie).. macam mandi peluh aku dibuatnya.. balik dari makan aku pusing2 dulu kasi sejuk badan kene ac kete.. cukup la.. nak pasang ac kat umah belum mampu.. hehehehehe...



nyam..nyam.. tom yam yang sedap..



Malam nie aku tak kua jalan2, dah 2 malam aku g uptown danau kota. Terbang gak la duit aku duk beli baju2 kat sana.. leh tahan gak qualitinya.. x menyesal beli la.. murah pun murah...




legging itam n putih RM18/each aku pilih untuk aku matchkan
dengan beberapa helai baju yang ada


sweater RM28 'n' t-shirt RM15 that can match together


last but not least.. a RM10 purse.. hehehehhe
kalau kat opis tu jual dalam RM28 lepas kaw tim



tonight tido awal... sok nak keje.. so gud nite my diary..

lots of love for mom, dad n kids. babai...


Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu...

Mak, ela doakan mak sentiasa berada di dalam lindungan Allah S.W.T.. amin..
I Love You Mom... muah...

im a mother too...

thanks to my babies... i love all of you with all my heart.. no doubt..

Wednesday, January 21, 2009

My New World.. My New Life

On 5th Jan. At bus terminal, b4 he left after send me back to my home town, receive a sms.. This is what he said to me..

Ye lah. kita sm2 doakan ya syg. syg akan jadi istri b y baek n taat setia kn yg?

Yg bwk kete jgn laju sgt ya. Klu ada ms, syg g la jln2 umh kcik ya syg

dengan linangan air mata, dalam hati berkata.. pergilah kasih, kukan setia menanti..

but after a few days kami argue banyak perkara.. sumenya yg ada pada diri aku jadi sbb... sbbnya aku tua dari dia, sebabnya aku dah ada anak, sebabnya aku janda, sebabnya aku itu.. sebabnya aku itu...

Kan kau tau sape aku b4 kita kawan... stupid n ridiculous reason..

then, dia kata malu kalau kawin ngan aku. malu nak jalan nnt nampak sangat beza umo kami. pas tu dia mesg aku kata

Yg, b rs kita xleh kwin la yg. rmai org tua2 halang cz dorg ckp tkt b jd suami ikt tlunjuk bini.

subhanallah...

paling sakit bila terima ini

Yb, b xpnh hlgkn dara ssorg. tp knp b dketemukn dgn sisa pelbagai org. adkh b hrs trma n bhgikn ksh syg kpd 3 chya mata hsl pkgsian org len y bkn ptalian drh dgn b?

Yg, kalau b kwen dgn syg, syg bg b kwen lain kn

boleh tp tgu syg mati dulu

wakakaka.. klu b mati dulu. b serius ni yg.. cz..

im serius too.. i dont play with my words..

B tnya cz b dh ckp kt smua org y syg bg b kwen lg sorg wlupn b dh kwen dgn syg. so smua puji syg bgus n xde alsn utk xbg b kwn dgn syg. smua stju hbgn kta


Dear diary,

Apa la salah aku jika ditakdirkan aku menjadi janda beranak 3 dalam usia aku sekarang. Dosakah aku melepaskan diri dari keganasan rumahtangga?, Penderaan fizikal dan mental?
Aku just fight untuk terus hidup tanpa keganasan rumahtangga..

Salahkah aku jika aku masih meletakkan kepercayaan kepada lelaki selepas sume yang terjadi?
Haruskah aku bayar status aku dengan semua ini untuk mencari bahagia?..

Mula2 aku down gak, hinanya aku dimata masyarakat..

Tp g mampus la sume tu.. Dorg ingat dorg bagus sgt.. leh dera sesuka hati n korang ingat ppn mcm aku kene tadh jer ke..

Dear diary,

jantan apa la dia nie.. tak nak cakap tak nak.. aku pun tak kesah.. aku dah biasa rasa sakit, aku boleh hadap bende cam nie. aku dah kebas...

aku terima dia wpn dia jobless.. aku terima dia wpn dia miskin.. aku terima dia wpn siapa pn dia..

dia sakit aku yang hulu hilir g jengah, pagi petang.. x kira waktu.. dia sakit aku cari ubat, wpn pernah dia tak terima ubat yang aku bagi sbb x sama dengan ubat yang dia nak.. murah sikit pun x nak.. belagak jantan nie. tempat dia masa tu bukan dekat, jauh tu.. sejam perjalanan dari tpt aku.. sebab sayang.. sbb cinta aku g gak wpn penat balik kerja.

aku pilih dia bukan sebab dia muda, bkn sbb dia bujang.. aku suka dia, dia banyak ubah aku..

mungkin ada yang aku sukar nak ubah, yng memerlukan masa... itu yang menjadi punca dia tulis sms nie

Mulai skrg, jgn pgil sy b slgi awk xmau bjnji dgn diri awk, diri sy n Allah y awk akn berhenti M***** n xkn *** lg mulai saat ini. terus trg sy katakan pd awk y sy xkn mperistrikn sorg p***** n sekiranya kita dtakdir mmg ada jdh n bkahwin, mybe sy akn taklik dgn awk yg mane skranya awk m***** stelah awk bsuamikn sy, scara automatik jth talak 1 dlm hbgn kta. sy xpakse n desak awk tp tpulg pd awk utk bt kptn.salam

lepas tu aku tak hubungi dia.. dah masuk hari ketiga dah nie..

bukan senang aku nak ubah tabiat aku yg satu nie.. tapi setahun aku berkawan dengan dia.. aku dah banyak slow down.. tgu masa jer nak berhenti.. tapi knapa dia harus berkeras ngan aku mcm tu...

Mulakan hari yang baru.. tarik nafas lega.. walaupun masih ada urusan yang belum selesai..

Hidup harus diteruskan.. biarpun titisan air mata masih berbaki...

go baby go.. go lady go..